Sabtu, 1 Ogos 2009

Masa berjimak untuk mendapatkan zuriat yang sempurna

Sabda Rasullulah s.a.w "Wahai Ali ! peliharalah wasiatku ini sebaigaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s'
  1. Jangan berjimak dibawah pohon kayu yang berbuah,jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
  2. Jangan berjimak antara azan dan iqamah,jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
  3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil,melainkan kedua-dua suami dan isteri telah berwuduk,jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhkil tangan.
  4. Jangan berjimak di antara pertengahan nisfu syaban,jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
  5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari),jika dikurnia anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta -minta.
  6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan(adik ipar),jika Allah mengurniakan seorang anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim,pada tangannya membuat kebinasaan pada manusia.
  7. Jangan berjimak dengan isteri mu diatas loteng,jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang munafik ,pelampaudan melampaui batas.
  8. Jangan berjimak dengan isteri kamu pada malam kamu hendak keluar bermusafir ,jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
  9. Jangan berjimak dengan isteri kamu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam,jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu setiap orang yang zalim.
  10. Jangan berjimak dengan isteri kamu pada awal malam (sebelum isyak),jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir,songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Waktu jimak yang dituntut

  1. Berjimak pada malam isnin,jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh pada kitap Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah S.W.T.
  2. Pada malam selasa,jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah shahadah dan Allah tidak azabkannya(turun bala)kepadanya bersama-sama orang musyrikin,mulutnya berbau harum,yang akan melembutkan hati orang,bersih lidahnya dari mengumpat,berdusta dan mengadu domba.
  3. Pada malam Khamis,jika Allah mengurniakan ia anak ,ia akan meniadi orang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
  4. Sewaktu tengahari di tengah langit,jika Allah mengurniakan anak,ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih,serta Allah s.w.t rezekikannya keselamatan agama dan dunia.
  5. Pada malam jumaat ,jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
  6. Hari jumaat selepas asar,jika Allah mengurniakan anak,ia akan menjadi seorang yang terkenal dan masyhur dan alim.
  7. Malam jumaat selepas isyak yang terakhir,jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yng terkemuka.
  8. Bacalah doa berlindung dari syaitan,jika Allah mengurniakan anak ia tidak di mudarat oleh syaitan selama-lamanya.